PENAJA RASMI.....!

KAWAN-KAWAN SAYA

Thursday, April 15, 2010

Kursus Motivasi

Menjana Insan Seimbang Melalui Kaedah 10Q's
Oleh: Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah

Pada hari isnin 24/11/2008..hehehe...aku telah menghadiri kursus motivasi yang disampaikan oleh Dato' Dr. Fadzilah Kamsah..penceramah motivasi yang sememangnya sgt best..Kursus ni berlangsung dr kul 9 pagi - 5 petang..bunyi mcm sehari suntuk kan?..tapi bila berada dlm dewan yang amat sejuk tu..langsung tak terasa akan kebosanan dan kesejukkan...mmg ceramahnya sgt best dan tak kering gusi dibuatnya...byk diselang-seli dgn lawak-lawak bodoh..dlm TV biasa la Dato' Fazilah Kamsah kena control ..tp bila ceramah yg disampaikan secara live ni mmg xde langsung control2 bahasa...bahasa yang disampaikannya kadang-kala gak kasar tp Dato' xpernah lekang dengan perkataan "maaf"..

Byk perkara baru yang aku pelajari dlm ceramah nie..1st thing ialah..belajar memaafkan org lain...maklum la aku ni jenis dendam skit..MasyaAllah..teruknya aku ni kan..sebelum tido..Dato' sarankan kita agar memaafkan semua org dan memohon maaf kt semua org..perkataan "maaf" ni walaupun simple dan selalu di dengar tetapi kesannya ke atas manusia amat mendalam sekali..kalau kita di ambang Sakaratul Maut..perkataan 'maaf' membolehkan kita meningalkan dumia ni dengan aman dan mudah..kalau tidak..siksanya aii..xpayah nk kata laa...kita pun dah biasa dengar cerita2 mcm tu kan..

2nd thing ialah..Niat..lakukan semua benda dengan niat..yg paling penting ialah bila nk bangun pagi..niat la dengan niat2 yang baik..contohnya : Semoga hari ni aku lebih baik dr semlm dan hari ni aku bekerja dengan ikhlas dan diberikan rezeki yang halal..tanpa niat sebenarnya kita hanya dtg keje dengan sia-sia dan sepanjang hari kita xkan mendapat pahala dari Allah..tapi kalau kita berniat..setiap saat kita bekerja akan Allah kurniakan pahala yang berlipat ganda..Besarnya nikmat Allah kurniakan pada kita semua tanpa kita sedari kan..

3rd thing ialah..amalan harian kita setiap hari sebenarnya byk yg boleh diperbaiki..contohnya..utk mandi tanpa kita sedari kita selalu basahkan kepala dulu tapi sebenarnya adalah lebih baik kalau kita basuh kaki terlebih dahulu dan seterusnya badan dan kepala..utk makan lak..lebih baik jika diambil 1 protein setiap hari..jika tghari kita mkn ikan so better mlm pun kita mkn ikan so enzim dlm perut kita dapat bertindak dengan lebih berkesan lagi..manakala amalan yg sering kita amalkan ialah mkn buahan slps mkn nasi..ini termasuk la aku gak tu..hehehe...tetapi cara yg betul adalah..makan buah before mkn nasi agar khasiat buah tidak terjejas..

Sebenarnya byk benda baru yg telah aku pelajari utk amalan seharian aku dlm ceramah nie..last thing yang aku paling suka ialah "Doa Pembuka Dua Belas Pintu". Khasiat doa ni ialah utk semuanya dalam kehidupan kita..utk yg belum berkawin (mcm aku ni ler...) boleh amalkan doa ni setiap hari..Insyaallah dengan izinNya akan bertemu jodoh nnt...moga-moga termakbul nnt...Berikut ialah makna doa tersebut...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

Ya Allah...!Bukakan untukku, pintu-pintu kebaikan, pintu-pintu keselamatan, pintu-pintu kesihatan, pintu-pintu nikmat, pintu-pintu keberkatan, pintu-pintu kekuatan, pintu-pintu cinta sejati, pintu-pintu kasih sayang, pintu-pintu rezeki, pintu-pintu ilmu, pintu-pintu keampunan dan pintu-pintu syurga,

Ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.


Dengan Dato' Dr. Mohd Fazilah Kamsah..rupanya rendah jer Dato' ni yer..and agak comel la gak..hehehe

No comments:

Post a Comment

Popular Posts