PENAJA RASMI.....!

KAWAN-KAWAN SAYA

Thursday, April 15, 2010

Showcase SDSI di MITC & Percutian di Melaka...

Showcase SDSI di MITC, Melaka bermula dari 7 - 9 November 2008..tapi aku dan Izzah gerak dari ofis pada 6 Nov sbb nk setup booth..perjalanan dr Putrajaya ke Air Keroh just ambik masa sejam jer..gerak kul 12tghari..kul 1 dh sampai MITC... hehehe..izzah bawak kete xdela laju sgt..tp org kat belakang makan asap jela.. Antara gambar yang semapt di rakam...

Kaunter information KKLW..keje aku duk situ ler..org dtg then aku just bg info pasal kemudahan2 yg diberikan oleh KKLW kepada usahawan dan org2 luar bandar. pastu bagi borang2 yang berkenaan kepada mereka...penatnya bila org yg datang tu byk songeh dan berlagak...eiii..nk buat camner..sengih jela..sakit tekak gak le bila byk org tanya..tp nasib baik..di MITC ni tak ramai sgt yg dtg bertanya..leh la aku merayau-rayau tgk usahawan2 di booth KKLW..
Bersama Kak Aza dari KEDA dan Kak Ma, usahawan buga daun kayu getah..bunga daun kayu getah Kak Ma mmg cantik..tp umah aku bukannya leh letak bunga...tempat perangkap habuk ler jadinya..dah la bunga daun kayu getah ni cepat rosak kalau diletakkan dalam suhu bilik..kalau dalam air-cond mmg xjadi masalah..aii susah gak penjagaan bunga daun kayu getah nie..xlarat la nk jaga..
Datuk Noh Omar sempat gak singgah kt Pavilion KKLW masa hari perasmian 7 Nov tu..yg baju putih tu bos bahagian aku...bos 'kesayangan' pegawai2 Bahagian Ekonomi Desa...hehehehe...kena soal dengan Datuk Noh..pepandai la jawab yer bos..


Percutian di Melaka, 10 Nov 2008 (Isnin) - Ponteng keje (Ambik EL) sbb nk pusing bandar Melaka..setelah berpenat 4 hari apa salahnya gie bercuti sehari ronda2 dan shopping kan..lagipun aku tak pernah ke Melaka sebelum ni..best gak Melaka bandar bersejarah ni yer...byk info tentang sejarah yg dapat dijadikan general knowledge. leh la gak release tension setelah penat bekerja.

Depan A-Famosa..panas sgt kul 12tghari..nk celik mata pun susah..


Kt atas bukit apa benda ntah namanya..aku pun xtau..apa yang aku tau..naik bukit yang kt depan A-Famosa tu ler..jenuh nak naik tangga..berpeluh gak laa..dah la masa tu aku pakai high heel..mau tak terkangkang aku dibuatnya..lastly tutun bwh..beli selipar..hehehe..
gambar ni gambar pemandangan dari atas bukit..nampak laut dan kapal2..masa tu eye on malaysia pun ada...mmg terpegun aku dibuatnya..tak puas mata memandang..angin pun bertiup sepoi-sepoi bahasa..


On the way turun la nie..pemandangan dari atas bukit..area bandar melaka....mmg cantik kan..


Aku suka sgt gambar ni..pakai betul abang beca tu tolong ambikkan..hehehe..thanks ye..aku ingatkan murah jer naik beca ni..alamak rupa2nya mahal siot...RM70 utk ronda 2 jam sekitar bandar melaka..RM70 tu utk 1 beca..disebabkan 3 org so mmg xleh muat utk 1 beca..abang beca tu ckp overload nnt dia kena saman...giler apa 3 org naik sampai kena byr RM140..wawawawa.. baik xpayah..membazir lak rasanya...setelah berbincang dengan As dan Izzah..kitaorg ambik keputusan nk jalan kaki jer..bandar melaka ni bukannya besar sgt...so leh la ambik masa lama skit utk kitaorg shopping..hehehe..cantik betul beca2 kat sini..yang tak tahan tu..siap ada yg pasang lagu2 dangdut, rock..lagu pub pun ada weiii...hahaha..meriah betul dengan bunga2..setiap beca ada daya penariknya yg tersendiri..

Gambar yg sempat dirakam bersama kincir angin ketika on the way ke jonker street..jalan kaki jer..jimat skit sbb area area bandar melaka susah skit nk parking...

No comments:

Post a Comment

Popular Posts