Pagi ni aku terbaca sesuatu yang amat menarik..so maybe ianya boleh dikongsi bersama-sama dengan kawan-kawan yang lain..
THE FOLLOWING IS A CHINESE GOOD LUCK TANTRA TOTEM.
Anda mungkin tidak mempercayainya, tapi merupakan nasihat yang baik untuk dibaca! Anda mungkin mempelajari sesuatu jika membacanya!!!
PERTAMA.
Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.
KEDUA.
Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua.
KETIGA.
Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu
KEEMPAT .
Apabila kamu berkata, ' Aku Cinta Padamu', maka tunaikanlah.
KELIMA.
Pabila mengatakan, 'Maaf', tenunglah matanya.
KEENAM.
Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.
KETUJUH.
Percayailah cinta pandang pertama.
KELAPAN.
Usah tertawakan impian orang lain.. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.
KESEMBILAN.
Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.
KESEPULUH.
Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.
KESEBELAS.
Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.
KEDUABELAS.
Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.
KETIGABELAS.
Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,'Kenapa anda ingin tahu?'
KEEMPATBELAS.
Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.
KELIMABELAS.
Ucaplah 'Semoga anda diberkati' apabila mendengar seseorang bersin.
KEENAMBELAS.
Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.
KETUJUHBELAS.
Berpeganglah kepada tiga R:
1.. Rasa hormat pada diri sendiri;
2. Rasa hormat kepada orang lain;
3. Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda
KELAPANBELAS.
Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar.
KESEMBILANBELAS.
Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.
KEDUAPULUH.
Tersenyumlah ketika menjawab telefon.. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar.
KEDUAPULUH SATU
Ada ketikanya anda perlu bersendirian.
Thursday, April 15, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Assalamualaikum...cerita ni dah lama berlaku..namun aku nak bercerita jugak..pada 17 April 2012 yang lalu....adik laki yang ke-2 dapat inte...
-
Assalamualaikum.. Disebabkan my BFF Emme yg comey tu sibuk duk menyediakan 3 layer tea kat blog dia..hari ni aku akan buat tutorial camner n...
-
Assalamualaikum.. Lama juga tak update untuk jahitan manik.. Kali ni sy jahit manik untuk kwn ofis, Kak Zana Baju kurung pahang kain batik i...
-
Assalamualaikum.. Dikesempatan ini..ceewaaahhh..macam raya lak yer..hahaha..aku ingin mengucapkan Selamat Hari Ibu buat omak tersayang yan...
-
Assalamualaikum..dah seminggu cerita tentang percutian aku last week tertangguh..hari ni baru ada mood unutk menulis psl kisah berkenaan.. ...
-
Tanda-tanda hidup kita tak berkat ialah : 1. Duit banyak, tapi cepat jer habis....Tak tau duit pergi mana. Pendapatan bertambah, tapi as...
-
Assalamualaikum.. Dengan segala hormatnya menjemput semua kawan-kawan bloggers ke Majlis Aqiqah anakanda hamba pada ketetapan berikut: ...
-
Assalamualaikum... hari ni ada pulak yang search kat blog aku ' cara bagi orang cepat byr hutang '...hihihi...kelakar betul.. Ka...
-
Assalamualaikum.. Tempahan memanik tahun ni boleh la tahan..cuma aku je tak ambik byk tempahan disebabkan sibuk dengan RBC..Alhamdulillah..r...
-
Assalamualaikum dan selamat tengahari sahabat... Dah masuk pertengahan bulan Mac tahun 2020 dah kita ni...Ingat ke tak azam dan impian ...
No comments:
Post a Comment