PENAJA RASMI.....!

KAWAN-KAWAN SAYA

Friday, April 16, 2010

Di Saat Itu...

Awal bulan Februari 2010 byk kejadian yang mengejutkan aku berlaku. Semuanya dalam sekelip mata. Pada 4.30 petang, 4 Feb 2010, Khamis aku dikejutkan dengan panggilan telefon..

MSA :Datang ambik abg sekarang..

Aku : Nape?

MSA : Datang jela skrg..cepat skit

Aku : Mak ke?

MSA : Yer...

Aku : Ok..ok..tggu situ

Dengan segera aku mengisi borang cuti utk hari Jumaat, 5 Februari dengan tangan yang terketar-ketar..Kul 4.40 aku kuar dr ofis dan kul 5.00 aku dh sampai ke rumah. Kemas skit barang-barang..nasib baik semlm aku dh pack barang siap2..itupun atas nasihat En.MSA yang mmg jangkakan perkara ini akan berlaku..kul 5.15 aku bergerak ke Klang..hanya Tuhan sajer yang tau..hujan lebat..jalan jem..aku akhirnya sampai ke Klang kul 6.30 petang..terima kasih En.MSA kerana menunggu aku dengan sabar..
.
Kami meneruskan perjalanan ke Ipoh..singgah sekejap di Highway Damansara sebab nk beli air dan Mc D..itupun sebab aku mengadu lapar..En. MSA mmg dh xberselera nk mkn..aku tau dia xmkn seharian kerana risau..Perjalanan ke Ipoh kali ni aku rasakan terlalu lama..maybe sebab En. MSA sorng je yang drive..langsung xbg peluang utk aku drive..maklumla aku ni bwk slow..dia lak nk cpt sampai..alhamdulillah kami selamat sampai jam 9.00mlm setelah mengharungi perjalanan selama 2 jam setengah dalam keadaaan cuaca hujan yg sgt lebat dan sunyi. Tiada percakapan yang mampu dikeluarkan dr mulut ku dan MSA. Terima kasih kepada TJ..byk jasamu kali ini...
.
Bila MSA dh park kete dpn umh..dia xnak kuar dr kete..mukanya nampak kusut lantas aku berkata "Abg..kuar laa..mak tgh tggu abg tu..."aku tau dia sgt sedih tika itu..apa lagi yang mampu aku katakan..MSA kuar..aku kunci kete..masuk umh aku lihat MSA dh menangis di sisi arwah mak..bersabarlah wahai sayangku..redhakan pemergian mak..dah lama mak menderita sakit..Allah lebih sayangkan mak...biarkan mak bersemadi dengan tenang sbb mak tau..ada syg yg akan jaga abg selepas ini....
.
Alhamdulillah arwah Pn. Sharifah selamat disemadikan pada pukul 11 pagi ,5 Feb 2010. Biarpun aku xdapat beramah mesra dengan arwah tp aku tetap bersyukur kerana sempat 2 kali melihat arwah ketika arwah masih sakit..

Malam pertama dan kedua diadakan kenduri tahlil..dan pada hari ke-3, 7 Feb..kenduri tahlil diadakan selepas zohor..ini kerana aku, MSA dan adik-beradik MSA akan bertolak balik ke rumah masing-masing..Lebih kurang pukul 4.00 ptg kami bergerak balik..esoknya aku akan bekerja tp MSA akan bercuti sehingga CNY..tp dia terpaksa juga balik utk hantar aku...kul 6.00 sampai Klang ..mkn dan kul 8.00 mlm aku bergerak balik ke Putrajaya..

3hari..suatu perjalanan yang sgt cepat..byk masa dan tenaga dikorbankan ..semuanya demi org tersayang...harapan disandarkan semoga kita berkekalan..

No comments:

Post a Comment

Popular Posts