PENAJA RASMI.....!

KAWAN-KAWAN SAYA

Friday, March 2, 2012

Dunia Sebagai Tempat Berdagang

Semoga warkah ini menemui tuan/puan dalam keredhaan dan limpahan rahmat Allah S.W.T jua, InsyaAllah.

Assalamu'alaikum w.b.t,

Y. Bhg. Dato'/Tuan / Puan / Encik / Cik,
Riwayat:  al-Bukhari

Kategori:  Akidah
Hadith:
Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:
Hendaklah kamu jadikan dunia ini seolah-olah berdagang di negeri orang atau sebagai orang yang melintasi jalan. Ibnu Umar r.a. berkata, Jika kamu berada di waktu petang janganlah kamu tangguh di waktu pagi dan jika kamu berada di waktu pagi janganlah kamu tangguh di waktu petang. Rebutlah kesempatan sewaktu kamu berada dalam keadaan sihat, sebagai persediaan di waktu kamu sakit dan ketika kamu masih hidup sebagai bekalan ketika kamu mati.
Huraian Hadith:
  1. Umat Islam dikehendaki segera melakukan amal kebajikan semasa hidup di dunia ini dan dunia umpama tempat berdagang untuk menuju ke satu destinasi lain (akhirat).
  2. Islam menyuruh umatnya supaya melakukan ibadat dan amal-amal kebajikan dengan sebanyak-banyaknya di waktu muda dan ketika sihat sebagai bekalan hari tua dan bekalan akhirat.
  3. Islam melarang umatnya yang suka menangguh-nangguh amalan kebajikan dan ibadat kerana sifat demikian merugikan diri seseorang.

Wallahu a’lam.
----------------------------------------------
Biro Agama
Kelab Kebajikan dan Sukan, KKLW

2 comments:

  1. peringatan utk kite bersama...selamat beramal

    pst;pst; tukar color font tu, aku nak baca aku highlight dulu, hehehe..dah tukar ke? heee~
    ostazah ..ostazah...

    ReplyDelete
  2. Emme: hahaha...aku lupa nk tukar td..skrg dh tukar dah..thanks coz remind me..huhu

    ReplyDelete

Popular Posts